BAHAN PENGAJARAN

            TIP ATASI OBESITI KALANGAN KANAK-KANAK

1: Kegiatan Fizikal Setiap Hari, Sekurang-kurangnya 1 jam
Ia berkesan untuk mengawal berat badan, mengurangkan risiko penyakit, di samping menguatkan otot.
Kanak-kanak patut dilibatkan dengan aktiviti fizikal yang menyeronokkan seperti senaman berpasukan, berenang, yoga, berbasikal, menari, atau berjalan-jalan pada waktu petang atau selepas makan malam.
Senaman yang dilakukan tidak semestinya terlalu berat atau memenatkan. Senaman yang baik ialah melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan pembinaan otot.
Kanak-kanak prasekolah pula perlu digalakkan bermain di taman permainan atau melakukan aktiviti di luar rumah.

2.  Sokongan & Minat Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Anak-anak Mereka
Aktiviti fizikal yang dirancang perlulah sesuai dengan minat dan keupayaan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak dan membuat catitan dalam satu carta.
Pujilah anak-anak andai mereka telah mencapai matlamat. Di samping itu, ibu bapa juga wajar menunjukkan tauladan yang baik dengan menjadikan aktiviti fizikal sebagai aktiviti sekeluarga.


3.  Makan Mengikut Masa Bagi Sarapan, Makan Tengahari & Malam
Sarapan pagi memainkan peranan yang sangat penting sebagai pembekal tenaga dan meningkatkan kadar metabolisma badan.
Tanpa sarapan pagi akan menyebabkan kanak-kanak berasa terlalu lapar dan cenderung untuk makan terlalu banyak pada hidangan berikutnya.

4.  Galakkan Kanak-kanak Meminum Air Kosong
Air kosong tidak mengandungi kalori. Selain itu, air kosong sangat bagus untuk kesihatan kerana ia membantu menyingkirkan toksin dan garam berlebihan daripada tubuh yang menjadi salah satu punca kegemukan.
Anak-anak yang digalakkan meminum air kosong dari kecil lebih mudah menjadikan amalan ini sebagai amalan harian apabila dewasa kelak.
 Apa-apapun, segalanya bermula daripada ibu bapa. Tunjuklah anak-anak yang ibarat kain putih ini contoh yang baik termasuk menjalani cara hidup yang sihat. Dengan cara itu, obesiti di kalgan kanak-kanak pasti dapat dikurang atau dielakkan.




APA ANDA BOLEH BUAT

Ini bergantung kepada situasi:

Kanak-kanak masih boleh bernafas:

1) Jika kanak-kanak itu sedang tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada.

2) Jangan cuba keluarkan objek atau makanan itu kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam.

3) Langkah terbaik dalam situasi ini adalah untuk tidak melakukan apa-apa, tetapi beri perhatian penuh ketika kanak-kanak itu batuk  sehingga dia kembali bernafas seperti biasa.

Apa yang anda perlu lakukan jika kanak-kanak tidak boleh bernafas? 

1) Minta bantuan kecemasan. Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan, ini termasuk nombor hospital terdekat, nombor keluarga terdekat serta jiran.

2) Jika kanak-kanak itu sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mula menjadi biru, gunakan teknik menekan perut. Ini boleh dilakukan oleh sesiapa yang sudah dilatih melakukan teknik ini.

Tidak sedar dan tidak bernafas:

1) Minta bantuan kecemasan. Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan ini termasuk nombor hospital terdekat, nombor keluarga terdekat serta jiran.

2) Teruskan dengan teknik CPR jika anda atau sesiapa sudah dilatih.

Bagi bayi yang berumur di bawah 1 tahun dan dalam keadaan sedar:

1) Menggunakan lengan, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah, dengan sokongan paha.

2) Pastikan torso bayi lebih tinggi daripada kepala

3) Tepuk bahagian belakang, antara tulang belikat bayi menggunakan tapak tangan sehingga lima kali.


Manuver Heimlich
Teknik Manuver Heimlich ke atas bayi.-sumber:http://www.webmd.com/

4) Seterusnya,  pusingkan bayi sambil terus menyokong kepala lehernya.

5) Jika objek masih tidak keluar dari laluan pernafasan, tekan bahagian dada atau tengah-tengah sternum menggunakan 2 atau 3 jari dengan cepat sehingga 5 kali.




Teknik Manuver Heimlich ke atas bayi.-sumber:http://www.webmd.com/

Ulang teknik, iaitu  tepukan di bahagian belakang bayi dan penekanan di bahagian dada sehingga objek keluar. Jika ia tidak diteruskan anak mungkin tidak sedarkan diri.

Jika bayi masih tidak bernafas, anda boleh membuka laluan pernafasan dengan meletakkan ibu jadi di mulut anak dan genggam gigi kacip atau gusi. Bahagian rahang perlu dinaikan supaya anda boleh melihat objek yang tersekat.

JANGAN cuba keluarkan objek tersebut melainkan anda melihat objek dengan jelas. Anda berkemungkinan menolak lagi objek ke dalam tekak anak, dan ini lebih merbahaya.
Lakukan teknik CPR, jika perlu.

BILA ANDA PERLU BAWA ANAK KE KECEMASAN

Bawa kanak-kanak ke hospital secepat mungkin, terutamanya jika kanak-kanak itu terus tidak boleh bernafas dan tidak sedar.

Selain itu, anda harus untuk bawa ke hospital jika:

1) Batuk yang berterusan, susah untuk bernafas dan menelan.

2) Kanak-kanak mula menjadi biru; tidak sedarkan diri, walaupun kelihatan seperti sudah pulih.


3) Jika anda berasa kanak-kanak itu menelan objek yang bahaya seperti mainan atau bateri.

0 comments:

Post a Comment